Penyanyi era 70-an yang popular dengan lagu Kisah Seorang Biduan, Dahlan Zainuddin meninggal dunia pada pukul 9.48 malam tadi di Hospital Selayang.
Isterinya, Datin Effa Rizan ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu.
Menurutnya, jenazah akan dibawa ke Masjid Bangsar untuk dimandikan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara selepas solat Zohor esok.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak.
Dahlan, 78, dimasukkan ke hospital selepas tidak sedarkan diri akibat serangan strok, Sabtu lepas, yang merupakan serangan strok kedua selepas yang pertama pada tahun 2016 yang mengakibatkan Allahyarham lumpuh sebelah kiri.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan