Naib Presiden Umno Mohamed Khaled Nordin menafikan laporan berkenaan usahanya dan pemangku presiden Mohamad Hasan untuk menyingkirkan Ahmad Zahid Hamidi dan Najib Razak melalui pindaan perlembagaan parti itu.
Dalam satu kenyataan, Khaled menyifatkan laporan itu sebagai tidak benar dan fitnah memandangkan tiada cadangan untuk meminda Fasal 9.9 Perlembagaan Umno.
Beliau turut membidas Malaysiakini kerana menerbitkan laporan yang memetik artikel akhbar Straits Times Singapura berkenaan perkara itu.
"Saya ingin menegaskan bahawa laporan sedemikian adalah tidak benar dan fitnah sama sekali.
"Malaysiakini sepatutnya menghubungi saya terlebih dahulu untuk mendapatkan kepastian," katanya, sambil menyifatkan laporan itu mengelirukan dan tidak bertanggungjawab.
Menurut laporan Straits Times hari ini, pindaan tersebut akan menyebabkan mana-mana pemimpin Umno yang didakwa di mahkamah akan digugurkan daripada jawatan.
Menurut laporan itu, cadangan tersebut sedang dilobi Mohamad dan Khaled.
Zahid dan Najib kini berdepan sejumlah pendakwaan rasuah dan salah guna kuasa.
Pada 20 Mei lalu, Malaysiakini turut melaporkan kemungkinan pindaan Fasal 9.9 itu untuk dibentangkan dalam satu mesyuarat agung luar biasa (EGM) pada November ini.
Bagaimanapun sumber yang dipetik laporan itu berkata, ia bukan sesuatu yang mudah kerana ia memerlukan sokongan dua per tiga perwakilan.
Setiausaha Agung Umno Annuar Musa berkata memang ada cadangan perlembagaan tetapi ia masih di peringkat awal dan Khaled mengetuai jawatankuasa untuk mengutip pandangan dan membuat kajian.
Berita berkaitan:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan