Khamis, 30 Mei 2019

PH sukar pertahan kerajaan PRU15 awal

SARINA ISMAIL

Ustaz Hashim Jasin, Jamil Khir dan Dr Ahmad Fakhruddin pada iftar anjuran Pemuda PAS Kedah.
ALOR SETAR: PAS yakin sekiranya berlaku Pilihan Raya Umum (PRU) dalam masa terdekat Pakatan Harapan (PH) sukar untuk mempertahankan kerajaan.
 
Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato' Ustaz Hashim Jasin berkata, berdasar perkembangan semasa sekarang kemungkinan banyak negeri akan dirampas semula pakatan PAS dan Umno.
 
Bagaimanapun katanya ada pemimpin PH mendakwa hubungan PAS dan Umno akan merosot menjelang PRU15.
 
“Tetapi yang sebenarnya hubungan mereka sesama rakan PH yang dilihatsemakin merosot sekarang,” katanya kepada media ketika menghadiri majlis iftar perpaduan anjuran Dewan Pemuda PAS Kedah di Kompleks PAS Batu 9 petang semalam.
 
Hadir sama Pesuruhjaya PAS Kedah Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi, Pengerusi Perhubungan Umno Kedah Dato' Seri Jamil Khir Baharom, kepimpinan Pemuda PAS serta Umno.

Baru-baru ini Presiden PKR Dato' Seri Anwar Ibrahim dilapor mendakwa taawun perpaduan antara PAS dan Umno dianggap bersifat sementara dan akan semakin merosot menjelang PRU15. - HARAKAHDAILY


Tiada ulasan: