KOTA BHARU: Kakitangan lantikan politik turut menerima bonus sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lagi.
Baru-baru ini seramai 6,600 kakitangan
awam negeri memperolehi bonus raya sebanyak RM500, manakala kakitangan
lantikan politik turut diumum mendapat bonus sebanyak RM250 seorang.
Mereka termasuk penghulu, Pegawai
Halaqat, Penyelaras Pembangunan Armalah Dun, Penyelaras Pembangunan
Orang Kurang Upaya (OKU), Penyelaras ICT Dun Negeri serta guru-guru al
Quran dan fardhu ain.
Di Kelantan terdapat seramai 821
penghulu, pegawai dan pembantu pegawai Halaqat seramai 540 orang, guru
al Quran dan farhu ain (2,700 orang).
Manakala Penyelaras Armalah Dun dan Penyelaras ICT Dun pula 90 orang.
Menteri Besar Ustaz Dato’ Ahmad Yakob berkata, pemberian bonus itu dibuat pada mesyuarat Exco baru-baru ini.
“Elaun khas atau pun bantuan raya akan
disalurkan kepada semua yang berkenaan sebelum sambutan Hari Raya
Aidilfitri tidak lama lagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. -
HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan