Selasa, 28 Mei 2019

Najib tak pernah arah tubuh Ihsan Perdana elak konflik 1MDB

Kasthuri Jeevendran
MGF28052019_NAJIB-PERBICARAAN-SRC-INTERNATIONAL03-681x454
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir pada hari ke-19 perbicaraan kes dana milik syarikat SRC International Sdn Bhd di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI,
 

KUALA LUMPUR – Saksi ke-37 prosiding SRC International membabitkan penyewelengan RM42 juta mendedahkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak pernah  mengarahkan penubuhan anak syarikat Ihsan Perdana Sdn Bhd (IPSB).

Kata bekas Pengarah Urusan IPSB, Datuk Dr Shamsul Anwar Sulaiman mengakui dirinya yang rapat dengan Najib sehingga boleh menemui beliau di kediaman rasmi mahu pun Pejabat Perdana Menteri (PMO) selain berinteraksi menggunakan aplikasi Whatsapp pada bila-bila masa.

Kata Shamsul, Najib tidak pernah sesekali memberitahunya untuk menubuhkan IPSB bagi mengelak konflik kepentingan dengan syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB)

Sebaliknya, kata Shamsul, penubuhan syarikat IPSB sebenarnya datangnya daripada bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim sendiri.

Harvinderjit: Saya hendak tahu, tentang penubuhan Ishan Perdana (IPSB) ini, adakah benar cadangan itu datangnya daripada Shahrol Azral dan bukannya Najib Razak?

Dr Shamsul: Ya.

Harvinderjit: Adakah Shahrol Azral memberitahu anda keperluan untuk mulakan syarikat ini bagi elak konflik kepentingan syarikat 1MDB?

Dr Shamsul: Ya betul. Adalah susah untuk pindahan dana kepada Ihsan Perdana untuk tujuan CSR.

Dalam pada itu, Shamsul juga mendedahkan syarikatnya mempunyai tiga akaun Affin Bank yang digunakan untuk tujuan operasi syarikat dan juga menjalankan program-program CSR.

“Cadangan untuk mempunyai tiga akauan berbeza itu datangnya daripada bekas Pengarah Kewangan IPSB, Datuk Abdul Aziz Ismail.

“Satu akaun untuk menerima dana peruntukan, satu akaun untuk program-program CSR manakala satu lagi untuk operasi syarikat, ini dilakukan dengan teliti agar tidak mencampurkan dana-dana itu,” kata Dr Shamsul.

Ketika disoal peguam bela, Harvinderjit Singh, Dr Shamsul juga mendedahkan dana-dana itu digunakan dengan teliti sebagaimana objektif untuk menjalankan kerja-kerja kebajikan serta CSR.

“Kita telah gunakan dana itu dengan membina baik pulih sekurang-kurangnya 5,000 buah rumah seluruh negara bagi golongan memerlukan malah semua ini ada bukti kerana ada laporan audit tentang kerja kami.

Harvinderjit juga menyoal pernahkah Dr Shamsul pernah melakukan pindahan wang ke akuan ahli politik seperti yang diarahkan.

“Itu bergantung kepada ‘siapa’ yang tanya tetapi tidak ada sesiapa yang mengarahkan saya berbuat demikian,” terangnya.

Soal Harvinderjit lagi seandainya anda diarahkan untuk pindahkan sejumlah wang ahli politik seperti Perdana Menteri masukan ke akaun beliau, adakah anda akan lakukan?

Dr Shamsul; Ya saya tidak boleh berikan wang walaupun ianya Perdana Menteri.

Dr Shamsul juga mengakui tidak ada wang geran (daripada 1MDB) yang telah disalurkan ke akaun Najib.  –MalaysiaGazette

Tiada ulasan: