Jumaat, 31 Mei 2019

'Kata-kata tidak dapat gambarkan rasa sedih saya'

MALAYSIAKINI

   
Menteri Pelajaran Maszlee Malik menciap di Twitter bagi menyatakan kesedihannya berhubung kematian seorang guru sekolah menengah di Sarawak.

"Kata-kata tidak membantu dalam meluahkan kesedihan saya ketika ini.

"Terima kasih Cikgu Yap," katanya petang ini.

Yap Hue Ling, 47, yang adalah adik ipar Ahli Parlimen Sibu, Oscar Ling, pengsan semasa mengadakan kelas tambahan di sekolah.

Ibu kepada tiga orang anak itu dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Sibu pada 27 Mei dan meninggal dunia pagi semalam tanpa mennyedar diri.

Ling memberitahu Star Online semalam bahawa keluarga Yap telah bersetuju untuk mendermakan organnya.

"Doktor akan terbang malam ini untuk memproses mengambil organ-organnya dan selepas itu, keluarga akan mengaturkan pengkebumian itu," katanya.

Khamis lalu, Maszlee berkata semua sekolah sepatutnya tidak mengadakan sebarang program termasuk kelas tambahan atau program akademik sepanjang cuti persekolahan supaya kedua-dua pelajar dan guru dapat berehat bersama keluarga dan sanak saudara serta teman mereka.

Bagaimanapun, menurut rakannya, Yap, yang memberikan tuisyen bahasa Mandarin kepada murid-muridnya ketika dia pengsan, melakukan inisiatif itu sendiri.

Menurut Star Online, Ding Liung Yii menggambarkan Yap dalam hantara Facebook sebagai "guru yang baik dan bertanggungjawab".

Presiden Kesatuan Guru Sarawak (STU) cawangan Sibu, Yong Sie Hing juga berkata Yap tidak dipaksa untuk mengajar kelas tambahan.

LIHAT TWITTER DI SINI

Tiada ulasan: