DENYUT REFORMASI
KUALA LUMPUR: Syarikat perkhidmatan teksi, Big Blue Taxi Facilities
Sdn Bhd (Big Blue) dijangka menggunakan teksi elektrik mulai Julai atau
Ogos ini.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Shamsubahrin Ismail berkata
sebagai permulaan, 100 unit kenderaan itu akan digunakan selepas
pelancarannya nanti.
Katanya, teksi elektrik itu sepatutnya dilancarkan pada Mei, namun
terpaksa dilanjutkan berikutan beberapa proses yang perlu dipatuhi
sebelum diluluskan pihak berkaitan.
“Atas beberapa faktor teknikal seperti proses mendapatkan Sijil
Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA), kami terpaksa membuat koordinasi antara
pencipta (teksi), pengeluar dan kerajaan dan ia mengambil masa.
"Kami juga dalam usaha menandatangani kontrak dengan syarikat
tempatan, untuk proses pemasangan kenderaan ini (teksi elektrik), jika
berjaya kami jangka bagi pengeluaran pertama sebanyak 5,000 unit teksi,”
katanya pada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama pemandu
teksi Big Blue, semalam.
Pada majlis itu, Shamsubahrin turut memperkenalkan sistem kaunter
layan diri Big Blue Teksi, bagi memudahkan pengguna menempah
perkhidmatan teksi itu.
Beliau berkata kaunter berkenaan akan diletakkan di kawasan tumpuan
awam termasuk di hotel, kawasan pelancongan dan Lapangan Terbang
Antarabanga Kuala Lumpur (KLIA).
Perbincangan bersama Malaysia Airports Holdings Berhad Malaysia
(MAHB) sedang dilakukan untuk mewujudkan kawasan khas kaunter itu di
KLIA dengan cadangan pemasangan antara 100 dan 200 unit kaunter di situ,
katanya.
Sementara itu, Shamsubahrin mengumumkan pelantikan bekas Pengarah
Peugeot India, Shashikant Vaidyanathan sebagai CEO yang baru
berkuatkuasa pada 1 Jun ini bagi menggantikan beliau.
“Pengalaman luas Shashi (Shashikant) dalam bidang ini, akan menerajui
Big Blue ke tahap yang lebih maju dan selepas ini saya hanya menjadi
penasihat kepada syarikat ini,” katanya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan