Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berkata hari ini, beliau memandang berat kes ugutan sedemikian sejak kebelakangan ini.
Beliau mengarahkan pegawai dan anggota polis untuk segera menyiasat dengan menangkap penjenayah terbabit untuk diadili dengan memberi jaminan perlindungan keselamatan kepada penguat kuasa yang menjadi mangsa.
Pada 28 April lepas, rumah dan kereta pengarah penguat kuasa MPS di Taman Muhibbah, Rawang diserang oleh beberapa lelaki.
Kes disiasat mengikut Seksyen 435 dan 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api.
Pada Isnin, sebuah kereta milik timbalan pendakwa raya Mahkamah Majistret Baling disimbah cat kapur di pekarangan rumahnya di Taman Mutiara, Sungai Kob di Kulim, Kedah.
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat.
Pada Ahad lepas, pengerusi DAP Jerantut, Loo Why Leong ditahan polis bagi membantu siasatan kerana mengugut ketua polis daerah Jerantut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan