Sunday, December 23, 2018

VIDEO | Tsunami membadai ketika konsert rock Seventeen

ISMA WEB

168 mangsa dilaporkan maut, lebih 700 tercedera dan 30 masih hilang


Video Player
00:00
00:15
 
JAKARTA – Sebuah video dramatik yang memaparkan kumpulan rock popular Indonesia, Seventeen dihentam tsunami ketika membuat persembahan di Pantai Anyer semalam, tular di media sosial.

Kumpulan pop rock yang juga terkenal di Malaysia dengan lagunya ‘Selalu Mengalah’ itu dilaporkan memenuhi jemputan dalam sebuah majlis tertutup di Tanjung Lesung Beach Resort, di Pandeglang, Banten.

Salah seorang anggotanya, Bani disahkan terkorban dalam kejadian itu, manakala tiga lagi anggotanya masih hilang.

Dalam video yang dikongsi di media sosial, kumpulan Seventeen dapat dilihat sedang mengadakan persembahan di atas pentas dengan ramai peminat yang menyaksikannya, sebelum pentas roboh dihentam tsunami.

Video Player
00:00
02:20

Sementara itu, Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) melaporkan, jumlah kematian akibat tsunami itu meningkat dengan sekurang-kurangnya 168 orang terbunuh, 745 lagi cedera dan lebih 30 lagi hilang, dalam bencana meluas yang melanda rantau Selat Sunda itu.

Petunjuk awal tsunami itu dikatakan berlaku disebabkan runtuhan tanah di dasar laut akibat letusan gunung berapi, Anak Krakatoa pada malam Sabtu.

Turut tular ialah saat gunung berapi itu hendak memuntahkan lahar sehari sebelum ia menggegarkan wilayah terbabit.

Pihak berkuasa juga melarang orang ramai dan pelancong supaya tidak berada di pesisir pantai di sepanjang Selat Sunda sehingga 25 Disember ini. – Agensi


No comments: