Sunday, December 23, 2018

Unjuran ekonomi turun lagi


Bank Dunia sekali lagi menurunkan unjuran pertumbuhan ekonomi kita untuk tahun ini.

Baru dua bulan dahulu, iaitu Oktober, Bank Dunia turunkan unjuran kita dari kadar 5.4% kepada 4.9%.

Hari ini, yang sudah menurun, diturunkan lagi kepada 4.7%.

Sebab yang diberi oleh Bank Dunia ialah pelaburan asing dan domestik kita ketika ini sudah lemah.

Bulan lepas, Guan Eng kata pelaburan asing sudah meningkat 360% selepas PRU14.

Tetapi, Bank Dunia kata pelaburan ke dalam ekonomi kita lemah.

Siapa yang betul ini?

Sebelum PRU14, Bank Dunia menaikkan unjuran untuk tahun ini sebanyak 3 kali dengan kali terakhir pada bulan April.

Kini asyik diturunkan.

Nilai saham-saham di Bursa Malaysia sudah hilang RM300 bilion sejak PRU14. Indeks jatuh 260 mata.

Tetapi apa yang kerajaan PH dan menteri-menteri buat ketika ini?

Sibuk membuat pusingan U di atas pusingan U.

Sibuk merebut kuasa sesama sendiri.

Sibuk jual aset-aset negara.

Siapa yang jaga ekonomi kita pada masa ini? - MINDA RAKYAT

No comments: