Monday, December 24, 2018

Tian Chua gesa Prabakaran, Rozan tarik kenyataan

KEADILAN DAILY

Tian_Chua_ipd_Dang_Wangi


Bekas anggota Parlimen Batu, Tian Chua menggesa Anggota Parlimen Batu, P Prabakaran dan bekas staf pejabat Parlimen Batu, Rozan Azen Mat Rasip agar menarik balik kenyataan mereka yang berbalah secara terbuka sebelum ini.

Tian Chua yang juga ketua cabang Batu itu berkata perkara itu memburukkan imej parti di samping menjejaskan mutu perkhidmatan kepada penduduk Batu.

“Kami di Batu ini telah melalui proses perjuangan yang cukup panjang dan pelbagai masalah. 

“Sudah tentu perbedaan pandangan dan ketegangan adalah tidak boleh dielakkan. 

“Untuk menjaga prestasi parti semua anggota harus tegas menangani masalah secara tegas dan matang,” kenyataan beliau dipetik.

Rozan sebelum ini mengeluarkan kenyataan meletakkan jawatan sebagai setiausaha Prabakaran.
Prabakaran kemudian mengeluarkan kenyataan mendakwa Rozan tidak pernah dilantik sebagai setiausaha beliau tetapi merupakan penyelaras aduan pejabat Parlimen Batu.

No comments: