Saturday, December 1, 2018

PM: K'jaan tak mampu beri segalanya percuma

 
   
Kerajaan sedang berusaha sedaya-upaya untuk mengurangkan kos sara hidup yang ditanggung rakyat tetapi tidak akan mampu menjadikan segalanya percuma, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata negara akan ketiadaan wang jika kerajaan menanggung kos sara hidup rakyat.

"Kita (PH) janji dalam manifesto untuk sedaya-upaya mengurangkan kos sara hidup rakyat, tetapi pada masa sama jika kos sara hidup rakyat itu ditanggung kerajaan, kita tidak akan selamatkan apa-apa (wang untuk digunakan kerajaan).

"Ini kerana wang kerajaan datang daripada cukai yang dipungut daripada rakyat. Apabila kerajaan guna wang (untuk kurangkan kos sara hidup), kita guna wang rakyat," katanya ketika pelancaran Skim Pas Perjalanan Tanpa Had My100 dan My50 Rapid KL di Kuala Lumpur, hari ini.

Katanya lagi, kerajaan sentiasa mengalu-alukan cadangan mana-mana pihak untuk mengurangkan kos sara hidup di negara ini.

No comments: