Sunday, December 23, 2018

Kerajaan PH kutip cukai minyak, bukan lagi beri subdisi

Agensi

Harga minyak mungkin mengalami kenaikan selepas kerajaan mewajibkan standard EURO-4M untuk RON95 yang akan dilaksanakan di seluruh negara.
Harga minyak dunia jatuh sejak dua bulan lalu.


KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) diminta menjelaskan kedudukan harga semasa petrol RON95 yang dianggap mahal memandangkan harga minyak dunia jatuh sejak dua bulan lalu.
Pada masa ini, pengguna dikenakan harga sebanyak RM2.20 bagi setiap liter.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, berdasarkan kejatuhan harga bahan api itu ada dakwaan yang menyatakan RON95 sepatutnya dijual pada harga RM1.90 selitir atau mungkin lebih rendah.

Jika dakwaan tersebut benar, katanya, kerajaan telah mengutip cukai petrol dalam tempoh dua bulan ini dan bukannya memberi subsidi seperti yang dijanjikan.

“Ramai yang merasakan harga petrol RON95 juga turun daripada harga semasa iaitu RM2.20 per liter dan kerajaan telah mengutip cukai berjumlah RM100 juta setiap minggu.

“Bolehkah kerajaan PH mengesahkan perkara ini,” katanya.

Secara sinis, Ahli Parlimen Ayer Hitam itu memberitahu, sejak 10 tahun lepas, kerajaan Barisan Nasional tidak pernah mengenakan cukai untuk petrol RON95.

Harga RON95 telah ditetapkan oleh kerajaan PH selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 pada Mei lalu.

Harga minyak mentah dunia telah menyaksikan penurunan ketara susulan kelembapan ekonomi dua, selain lebihan bekalan.

Jumaat lalu, niaga hadapan Brent susut hampir satu peratus kepada AS$53.82 setong manakala minyak Amerika Syarikat diniagakan kepada AS$45.59 setong. – MalaysiaGazette


No comments: