Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak pandangan sinis segelintir golongan muda yang beliau sudah tua dan tidak lagi relevan untuk memimpin.
Anwar yang baru-baru ini menang tanpa bertanding jawatan presiden PKR dan juga ketua umum Pakatan Harapan berkata, pengalaman dipenjarakan selama 11 tahun menjadikan beliau seorang yang cukup memahami masalah rakyat, khususnya derita golongan bawahan apabila menjadi pemimpin nanti.
“Ada pandangan sinis yang mengatakan saya sudah tua dan tidak lagi relevan (untuk kembali ke dalam kerajaan),” katanya berucap dalam Majlis Makan Malam Pidato Malaysia Baru: Mengisi Harapan Rakyat, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya malam ini.
Anwar menjelaskan semasa di penjara, beliau banyak bergaul dengan golongan bawahan yang hampir 90% ialah penghuni penjara dan warga asing.
Minta maaf aku kadang kala gelak aje apabila dengar Anwar bercakap kerana satu antara kelebihan Anwar ialah percakapannya. Melalui percakapannya ramai yang kena 'kencing' (istilah selepas kerajaan PH)
Penjara membuatkan Anwar faham derita rakyat?
Ini satu lagi nak kencing penyokong.
Masih ingat lagi Anwar ke Terengganu untuk memaksa Abdul Hadi menanda tangan persetujuan untuk isterinya jadi MB Selangor?
Mereka bertemu bagi memecat TS Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor dan mula-mula nak ganti dia (Anwar) jadi MB, tapi Allah takdirkan dia tak boleh bertanding, kemudian ganti dengan isterinya Wan Azizah.
Abdul Hadi dikatakan memerahi Anwar. petikan percakapan Abdul Hadi kepada Anwar, "Ana ingat enta telah serik (insaf) setelah kena penjara"? Abdul Hadi kata lagi "Ini semua punca enta jadi KHADAM TUN MAHATHIR selama 16 tahun"?
Anwar Ibrahim datang bertemu Abdul Hadi bagi "memaksa" Abdul Hadi menandatangani memorandum untuk diberikan kepada Sultan Selangor hanya Datin Seri Wan Azizah sahaja calom Menteri Besar Selangor?
Abdul Hadi memberikan penjelasan dengan baik dan Anwar Ibrahim marah-marah dengan suara yang nyaring. Ada 6 orang saksi semasa pertemuan tersebut, salah seorangnya ialah Saifudin Nasution. Anda boleh bertanya si Saifuddin ini untuk pengesahan.
Akhirnya 2 perkataan di atas membuatkan Anwar terus ter'duduk'.
Ini adalah gambar dirakamkan oleh BERNAMA semasa Anwar balik daripada pertemuan dengan Abdul Hadi di lapang terbang Kuala Terengganu. Sehingga ada troll rambut Anwar telah jadi rambut TS Khalid Ibrahim.
Hari ini Anwar bawa cerita bahawa PENJARA MENGAJAR DIA ERTI DERITA RAKYAT.
Anwar engkau masih belum berubah dan Anwar kena tahu MAHATHIR JUGA BELUM BERUBAH.
Agaknya boleh 2 ekor singa ada pada satu puncak gunung?
No comments:
Post a Comment