SEKRETARIAT Kebajikan Bekas ATM PAS Pusat mohon Patriot agar lebih profesional dalam membangkitkan sesuatu isu nasional jika ingin dilihat sebagai sebuah badan NGO yang tidak berpihak dan kononnya tegas tapi rakyat marhaen menilai.
Etika berpakaian seragam yang diamalkan
oleh Jabatan Amal Malaysia adalah selaras dengan keperluan dan suasana.
Pakaian istiadat ini diguna dalam adat istiadat rasmi PAS oleh kumpulan
ahli JAM yang terlatih. Ketua Perbarisan pada majlis bersejarah itu
adalah Tuan Haji Bakri seorang Bekas Pegawai Waran ATM yg terlatih dari
kepakaran Kawad dan Istiadat bukan dibuat secara semberono.
Dari sudut luaran pakaian istiadat JAM
yang telah diperkenankan oleh AJK PAS Pusat ini dilihat lebih bertepatan
dengan model yang diguna badan seragam dari unit sukarelawan yang lain
seperti Palang Merah dan kadet beruniform di sekolah-sekolah dan
kumpulan pancaragam malah telah didominasikan secara kemas dan bersopan
oleh MP termasuk Raja-raja Melayu. Mereka JAM bukanlah kumpulan Kombatan
tetapi sebuah organisasi sukarelawan yang terlatih dari pelbagai bidang
kepakaran khususnya perubatan dan keselamatan.
Kenyataan Pengerusi Patriot
adalah kenyataan yang dangkal yang fokus hanya pada Jabatan Amal
Malaysia milik PAS. Saya menganggap tuduhan beliau berat sebelah dan
tidak adil kepada semua badan beruniform awam seluruh Malaysia khususnya
PAS.
Dalam pembentukan Malaysia Baru Patriot sewajarnya lebih menyasarkan agar setiap warga Malaysia lebih berjiwa kental dengan jati diri dan semangat Patriot kepada agama, bangsa dan negara.
Ikhlas dari:
LT KOL TUDM (B) HAJI NAZARI MOKHTAR
Presiden KERABAT Malaysia. - HARAKAHDAILY
Presiden KERABAT Malaysia. - HARAKAHDAILY
No comments:
Post a Comment