Parti India Muslim Bersatu Malaysia sasar 10,000 ahli dalam tempoh enam bulan
KUALA LUMPUR –
Sebuah lagi parti baharu bakal dilancar Jumaat ini, susulan perubahan
landskap politik tanah air selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang
penuh onak dan duri.
Parti India Muslim Bersatu Malaysia
(PIBM), ditubuhkan ekoran masyarakat India Muslim kecewa apabila tiada
parti untuk membela nasib mereka.
Ketua Penerangan PIBM, Ariff Farhan
berkata, pelancaran rasmi parti khusus memperjuangkan kepentingan
masyarakat India Muslim akan diadakan pada Jumaat ibu negara.
Katanya, ketika ini tiada parti yang dapat mengangkat suara komuniti India Muslim secara bebas dan lantang.
“Justeru, kita perlu satu parti yang boleh bersuara tanpa memihak kepada mana-mana parti.
“Kita menyasarkan 10,000 ahli dalam masa enam bulan selepas pelancaran di peringkat nasional dan diikuti di tujuh negeri.
“Ia termasuk Pulau Pinang, Perak, Melaka,
Johor dan Negeri Sembilan. Berkaitan perincian termasuk logo parti akan
diumumkan pada majlis pelancaran,” katanya seperti dilapor Berita
Harian.
Mengulas lanjut katanya, PIBM akan disertai ahli dari beberapa pertubuhan bukan kerajaan NGO India Muslim.
Katanya, pendaftaran PIBM dengan Jabatan
Pendaftaran Pertubuhan (ROS) telah dibuat dua minggu lalu dengan Datuk
Jamarulkhan Syed Kader sebagai presiden penajanya.
No comments:
Post a Comment