Asyraf berkata, pada masa Guan Eng menjadi pembangkang, individu berkenaan juga banyak mengkritik, namun tidak bersedia untuk berhadapan dengan situasi yang sama sebaik bergelar kerajaan.
Menurutnya, beliau baru sahaja beberapa kali melontarkan kritikan secara terus di akaun Twitter Guan Eng.
“Tak sangka rupanya Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ini berhati tisu juga. Dulu waktu jadi pembangkang banyak mengkritik, tapi dah jadi kerajaan tidak bersedia untuk dikritik.
“Baru beberapa kali saya lontarkan kritikan terus di block akaun Twitter saya. Come on Guan eng, sudah jadi kerajaan kena bersedia juga dikritik,” kongsinya dalam catatan ringkas di Twitter peribadinya, hari ini.
Asyraf turut menggunakan tanda pagar #hati tisu di akhir catatatnya itu.
No comments:
Post a Comment