KOTA BHARU: Kelantan
akan menganjurkan pertandingan bina badan patuh syariah pada 13 Oktober
depan di Dewan Jubli Perak Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam
(MPKB-BRI).
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan
NGO negeri, Ustaz Wan Roslan Wan Hamat berkata, 'Cabaran Mr Awang
Selamat 2018' yang diadakan buat kali ketiga itu menerima lebih 50
penyertaan.
Beliau berkata, penyertaan ini bukan
sahaja dari Kelantan malah dari Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala
Lumpur termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera
Malaysia (ATM).
"Selepas pada ini, kita akan
menggerakkan publisiti kepada aktiviti ini secara agresif, tidak agresif
pun kita sudah dapat melebihi 50 penyertaan, kita akan gerakan lagi.
"Kita turut menawarkan penyertaan kepada
mana-mana pertubuhan serta agensi kerajaan, kita dapat maklumat
Persatuan Bina Badan Malaysia bakal menyertai," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita
pada sidang media di Kompleks Kota Darulnaim di sini selepas mengadakan
pertemuan bersama pengiat sukan berkenaan di negeri ini.
Turut hadir Pengarah Urusetia Belia dan
Sukan (Ubes), Ustaz Nasruddin Muhaidin dan Yang Dipertua Persatuan Awang
Selamat Anak Kelantan (Pasak), Azaizuree Ahmad. – HARAKAHDAILY
No comments:
Post a Comment