Oleh: HASPAIZI MOHD ZAIN
Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA), Dr Zamihan Mat Zin al-Ghari dipindahkan kembali ke Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam tempoh 24 jam selepas Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Pertukaran Zamihan dari Jabatan Penjara dikatakan didorong oleh rasa ‘kurang senang’ kritikan pendakwah bebas itu terhadap Mujahid.
Menurut sumber, tindakan Zamihan mengkritik Mujahid dalam isu IKSIM dan LGBT mengundang rasa kurang senang menteri yang mewakili Parti Amanah Negara (PAN).
“Ya, Zamihan sudah dipindahkan ke JAKIM dalam tempoh 24 jam. Sebulan dia ‘dibeku’ di JAKIM tanpa diberi sebarang tugas sebelum di tempatkan di bahagian penerbitan.
“Beliau juga turut dipanggil oleh Ketua Pengarah JAKIM kerana mengkritik menteri secara terbuka di media sosial dalam isu LGBT. Malah, Ketua Pengarah JAKIM diarah untuk mengambil tindakan terhadap Zamihan.
“Difahamkam ia adalah atas arahan menteri,” katanya kepada Watan Online.
Mujahid ketika ini sedang berada di tanah suci Makkah bagi menunaikan ibadah haji.
Zamihan dikenali sebagai penceramah kontroversi kerana kelantangannya menetang ajaran yang menyeleweng daripada ajaran ahli sunnah wal jamaah (ASWJ) seperti wahabi, syiah, ajaran sesat dan liberalisme agama.
Sebelum ini, Zamihan juga turut menggemparkan negara apabila menimbulkan rasa kurang senang pihak istana berhubung kritikannya mengenai dobi muslim.
No comments:
Post a Comment