KUALA LUMPUR: Calon PAS
Dun Seri Setia, Dr Halimah Ali telah siap siaga untuk menggalas
tanggungjawab sebagai ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia
mewakili suara undi rakyat di Dun tersebut jika dipilih sebagai wakil
rakyat pada 8 September ini.
Ujarnya, beliau akan menggunakan
pengalaman sebagai Adun Selat Klang selama dua penggl dengan
mempraktikkan pengalaman tersebut bagi menyumbang dan memperjuangkan hak
rakyat di Dun Seri Setia.
Katanya, ketika turun berkempen bertemu
dengan rakyat di Dun Seri Setia beliau tidak menyangka rakyat Seri Setia
mengenalinya sebagai bekas Exco Pendidikan Negeri Selangor yang pernah
menggembleng usaha memberi tuisyen rakyat kepada anak-anak negeri.
"Saya tidak sangka, ramai yang mengenali
saya dan penerimaan kehadiran saya sangat positif. Ini mungkin kerana
saya pernah beberapa kali mengadakan program di kawasan Dun ini misalnya
di Kampung Lindungan di sini.
“Jadi tidak peliklah, masyarakat di sini dapat menerima kehadiran saya sebagai calon yang bertanding mewakili PAS," katanya.
Ujarnya lagi, sepanjang turun berkempen
rata-rata anak muda mengatakan mereka kecewa dengan keadaan yang berlaku
dalam kerajaan hari ini yang menabur janji namun tidak dipenuhi. – HARAKAHDAILY
No comments:
Post a Comment