Thursday, August 23, 2018

‘Undang-undang Syariah tak dimansuh tapi dimandulkan’

ainulillia /  Ustaz Mohd Hazizi Abd Rahman
ADAKAH penguatkuasaan semua undang-undang kesalahan jenayah syariah ini akan terus bertahan selepas golongan transgender diberikan pentas?

Undang-undang syariah tidak dimansuhkan, kerana yang demikian akan mengundang kemarahan umat.

Tetapi kemarahan umat itu yang sedang cuba dibunuh akarnya dengan:

1) Mempromosi bahawa kesalahan jenayah syariah membabitkan gejala CJST (Celaru Jantina Seks Terlaknat) adalah hak asasi individu.

2) Memencilkan puak CJST kerana perasaan tidak suka pada maksiat mereka dan mengelakkan orang lain terpengaruh dikira sebagai tindakan mendiskriminasi.

3) Menonjolkan tokoh pejuang CJST di pentas kerajaan sebagai seorang yang mulia dan dihormati.

4) Merasa mulia dan bersuara lantang dengan prinsip ajaran Islam dikira sebagai menginjak-injak hak orang lain yang tidak mahu patuh syariah.

Saya jangka, lama-kelamaan, bukan sahaja undang-undang syariah itu tidak diperbaiki, malah masyarakat sendiri akan berpandangan kesalahan jenayah syariah itu bukan lagi kesalahan.

Pendek kata, undang-undang syariah tidak dimansuh, tetapi dimandulkan. Taktik ini lebih licik daripada tuntutan kasar G25.

*Ustaz Mohd Hazizi Abd Rahman,Ahli Majlis Syura Isma

No comments: