PKR TELAH silap letak
calon di Seri Setia. Pengundi berbilang kaum dan pelbagai kelas
masyarakat perlukan wakil yang berkelayakan, berpendidikan tinggi,
berpengalaman dan punya rekod perkhidmatan yang cemerlang agar mudah
memahami dan membawa suara mereka.
Meletakkan yang sebaliknya bermaksud
menghina pengundi dan menafikan mereka diwakili oleh wakil yang
berkualiti. PAS serius menaikkan calon yang berkualiti kerana itu kita
memilih Dr Halimah Ali, bekas Exco dan Adun serta seorang doktor
perubatan yang terbukti berkualiti dan bertaqwa.
Saya pasti pengundi rakyat berbilang
kaum dan pelbagai kelas kehidupan di Seri Setia menghargai pilihan PAS
yang sangat menghormati dan memahami kehendak mereka.
Kerana itu hari ini di Seri Setia rakyat
berbilang kaum mula keluar memberi sokongan dan bantuan pada calon PAS
selain dukungan kuat dari Umno dan rakan-rakannya.
Biar Seri Setia menjadi pemangkin
tuntutan rakyat yang sudah bosan dengan politik kronisma, tipu daya dan
fitnah. Janji jangan dimungkiri. Rakyat jangan ditipu. Pemimpin mesti
bersih dan bebas rasuah.
Seri Setia akan tunjukkan jalan buat
rakyat Malaysia. Ia bermula dengan satu undi buat calon PAS satu undi
buat Dr Halimah Ali. - HARAKAHDAILY
No comments:
Post a Comment