Beliau berkata semua pihak dan pegawai terlibat dalam Jawatankuasa Aliran Tunai seharusnya memahami perkara itu.
Beliau berkata semua pihak dan pegawai terlibat dalam Jawatankuasa Aliran Tunai seharusnya memahami perkara itu.
“Mereka tahu kebenarannya dan prosedur operasi kewangan yang harus dipatuhi dalam mengurus kedudukan kewangan negara,” katanya menerusi kenyataan bagi mengulas isu tersebut di sini hari ini.
Jawatankuasa Aliran Tunai seliaan Kementerian Kewangan diketuai oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan.
“Allah mengetahui kebenaran dan akan melindungi mereka yang tidak bersalah,” katanya.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng mendakwa kerajaan terdahulu gagal mengembalikan lebihan cukai pendapatan dan keuntungan cukai hartanah berjumlah RM16.046 bilion pada akhir Mei lepas.
Terdahulu, beliau juga mendakwa bayaran balik cukai barang dan perkhidmatan (GST) sebanyak RM19.25 bilion belum dipulangkan berikutan kegagalan pemindahan wang yang mencukupi kepada tabung amanah yang berkaitan.
Dilaporkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengesahkan dakwaan Lim bahawa RM16.046 bilion lebihan cukai pendapatan dan keuntungan cukai hartanah masih belum dikembalikan kepada pembayar cukai sejak lebih 6 tahun.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Sabin Sabitah dilaporkan mengesahkan bahawa jumlah itu membabitkan 1,653,786 kes melibatkan syarikat, individu, persatuan dan yayasan setakat 13 Mei tahun ini.
Beliau berkata penangguhan pengembalian cukai itu adalah berikutan kekurangan dana dalam akaun amanah Tabung Bayaran Balik Cukai (TBBC).
Turut dilaporkan Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri T Subromaniam berkata jabatannya ketika mesyuarat bulanan meminta jawatankuasa Tabung Amanah untuk mengembalikan bayaran balik GST RM82.9 bilion, namun hanya RM63.5 bilion yang dikembalikan.
No comments:
Post a Comment