TIDAK dapat tidak, keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang
lalu menatijahkan sesuatu yang telah dapat dijangkakan dari awal lagi.
Realiti kemelut politik semakin berpanjangan, keparahan sosial semakin menekan dan prestasi ekonomi semakin membimbangkan ini diakui oleh semua pihak.
Seratus hari yang berlalu dalam pemerintahan Pakatan Harapan (PH) tidak nampak riak untuk memulihkan keadaan, sebaliknya banyak perkara yang menambah keresahan umat Islam di Malaysia khususnya.
Ditakdirkan berlaku tiga pilihan raya kecil dalam tempoh seratus hari iaitu PRK Sungai Kandis 4 Ogos lalu, dan kini di DUN Seri Setia serta DUN Balakong.
Ketiga-tiga PRK ini menyaksikan Pas mengambil sikap bekerjasama dengan UMNO tanpa sebarang perjanjian politik yang mengikat antara kedua-duanya.
Sementara di DUN Balakong yang mempunyai komposisi kaum majoriti Cina melebihi 60 peratus, Pas melihat tiada keperluan semasa untuk menempatkan calonnya melawan DAP.
Justeru, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan sokongan kepada MCA atas semangat pembangkang.
Team pembangkang mesti diperkukuhkan untuk menghakis ego pemerintah yang dilihat membawa kemudaratan besar kepada agama, rakyat dan negara jika dibiarkan.
Sudah pasti keputusan yang dibuat itu berdasarkan pertimbangan politik semasa yang difahami daripada Feqah Timbangan Membuat Keputusan dan Feqah Realiti.
Ini dijelaskan Ketua Penerangan Pas Malaysia, Nasrudin Hasan yang menyifatkan kemenangan pembangkang dalam PRK ini, meskipun tidak merubah kerajaan negeri, tetapi mampu membentuk kekuatan dalam kalangan koalisi pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.
Katanya, kekuatan itu boleh dimanfaatkan sebagai institusi semak imbang dan menjadi pembangkang yang konstruktif.
“Sememangnya lawan politik Pas mahu supaya Pas dan team pembangkang yang lain terus bercakaran dan bertelingkah, maka dalam masa yang sama mereka boleh mencedok untung berganda dan terus menang selesa dalam pilihanraya.
“Namun, kecerdikan politik Pas, setelah mengekalkan pemerintahannya di Kelantan dan mengambil alih kerajaan Terengganu serta menambah kerusi di Pahang dan meraih 18 kerusi di Parlimen akan terus menghantui PH.
“Kini Pas memperkukuhkan perpaduan pembangkang dalam menghadapi beberapa siri PRK sementara menjelang PRU ke 15 akan datang membuatkan PH lagi tidak senang duduk,” katanya. – MalaysiaGazette

No comments:
Post a Comment