Oleh Athirah Huda Zalhe
Ramai peguam, hakim tidak akur dan mengikut peruntukan undang-undang
BANGI
– Pengamal undang-undang yang juga aktivis Concerned Lawyers for
Justice (CLJ), Aidil Khalid berkata, menjadi satu kesalahan besar jika
Peguam Negara tidak fasih bertutur dan menggunakan bahasa Melayu.
Beliau
berkata, Seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan jelas memperuntukkan bahawa
bahasa Melayu mesti digunakan dalam semua prosedur di mahkamah, kecuali
jika kepentingan keadilan memerlukan sebaliknya.
Aidil
berkata, kebanyakan peguam dan hakim tidak akur dan mengikut apa yang
diperuntukkan secara jelas di bawah undang-undang berkenaan, walaupun
setelah lebih 60 tahun negara merdeka.
“Kalau
kita baca Perkara 152 Perlembagaan, ia memperuntukkan secara jelas di
mana kita perlu ada suatu proses peralihan selama 10 tahun selepas
merdeka.
“Sebab itu
Perlembagaan dalam Perkara 152 menyatakan bahawa penggunaan bahasa
Inggeris dibenarkan di mahkamah untuk tempoh 10 tahun selepas merdeka.
Tetapi selepas tempoh itu tamat, ia menjadi hak Parlimen untuk
menentukan,” katanya dalam temu bual khas bersama TV PERTIWI, hari ini.
Ikuti temubual penuh Aidil Khalid mengenai ‘isu Perlembagaan pasca PRU14’ di TV PERTIWI.
No comments:
Post a Comment