ISMA WEB
Orang ramai dinasihat rujuk jadual penerbangan terkini: KKMM
BANGI
– Ruang udara di sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
(KLIA) dan KLIA2 akan ditutup sementara bermula 27 Ogos hingga 31 Ogos
ini sempena sambutan Hari Kebangsaan.
Penutupan sementara selama lima hari itu dimaklumkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dalam satu kenyataan hari ini.
Kementerian
itu berkata, Pihak Berkuasa Penerbangan Awan Malaysia (CAAM) akan
menutup sementara ruang udara berkuat kuasa jam 9 pagi hingga 10.30 pagi
mulai 27 Ogos hingga 31 Ogos ini, yang dijangka melibatkan penjadualan
semula waktu penerbangan.
Sehubungan
itu, orang ramai diminta untuk mengambil perhatian dan dinasihatkan
menghubungi syarikat penerbangan bagi merujuk jadual penerbangan terkini
dalam tempoh berkenaan untuk mengelakkan sebarang kesulitan, katanya.
No comments:
Post a Comment