PETALING JAYA – Rakyat yang juga pengundi dalam Dewan Undangan Negeri
(DUN) Seri Setia perlu menolak kerajaan “kelentongkrasi”pada Pilihan
Raya Kecil (PRK) DUN itu 8 September ini.
Calon Pas, Dr Halimah Ali berkata, kalau Pakatan Harapan (PH) berjaya menyingkirkan kerajaan “kleptokrasi” pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dengan cara menabur janji yang tidak ditepatinya dalam tempoh 100 hari, kini giliran pengundi pula memilih Pas untuk menjadi suara semak dan imbang dalam kerajaan PH Selangor.
“Selangor memerlukan suara pembangkang yang kuat, walaupun jika kemenangan saya ini tidak dapat merampas semula negeri itu.
“Dengan suara yang kuat, kita dapat mendesak kerajaan PH agar mempedulikan rakyat dengan janji yang ditabur,” katanya kepada media pada hari ketiga kempen PRK DUN Seri Setia di sini, hari ini.
Dr Halimah berkata, Selangor antara negeri paling kaya di Malaysia dan mempunyai hasil yang banyak, tetapi mereka tidak mempunyai pemimpin yang pakar dalam mengurus serta mentadbir, menyebabkan segala janji tidak dapat dilaksanakan.
Katanya, suara yang kuat juga penting untuk memastikan kerajaan PH melaksanakan apa yang dijanji, bukan sekadar cakap tidak serupa bikin.
“Dengan adanya pertambahan kerusi pembangkang dalam DUN Selangor, mereka tidak boleh sewenang-wenangnya berjanji. Mereka akan membuat keputusan untuk melaksanakannya hasil daripada desakan kita selaku pembangkang,” katanya.
Mengenai sambutan rakyat di DUN Seri Setia sepanjang tiga hari kempen, Dr Halimah berkata, beliau berpuas hati dengan kehadiran pengundi dan dapat mendengar banyak masalah dihadapi mereka.
Kata beliau, rakyat merungut kerana masih ada janji yang dikemukakan pada PRU13 tidak dilaksanakan, sebaliknya dibiarkan penduduk berdepan dengan permasalahan sosial.
Beliau berjanji, perkara itu akan dibangkitkan kepada kerajaan negeri jika diberi peluang berada dalam DUN Selangor bulan depan. – MalaysiaGazette

No comments:
Post a Comment