DEK kerana terlalu
terdesak dengan sokongan rakyat serta populariti calon PAS bagi Pilihan
Raya Kecil N.32 Seri Setia, Dr Halimah Ali, Menteri Besar Selangor
Amirudin Shari terpaksa bersuara membangkitkan isu jawatan "sukarela"
calon PAS itu dalam GLC Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS)
seperti dilapor oleh Sinar Harian.
Walaupun soal jawatan GLC ini tiada
kaitan langsung dengan PRK, namun MB Selangor terpaksa membangkitkannya
kerana PKR dan Pakatan Harapan ketandusan isu untuk dimainkan bagi
berdepan dengan calon PAS ini. Apatah lagi reputasi sebagai MB baru bagi
menyaingi Dato’ Seri Azmin Ali perlu digarap dengan baik.
Dr Halimah Ali yang sememangnya sebelum
ini diketahui oleh rakyat Selangor memegang jawatan Exco Pendidikan,
Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Kerajaan Selangor yang
menumpukan soal pendidikan rakyat melalui program SPIESnya. Program yang
dilihat berjaya melarutkan rakyat dengan agenda pendidikan secara
berterusan.
Calon PAS di N.32 Seri Setia Dr Halimah
Ali ini secara berjiwa besar tidak mempunyai sebarang masalah untuk
melepaskan jawatan itu. Beliau telahpun bersedia untuk menulis surat
peletakkan jawatan.
Apatah lagi beliau tidak menerima
sebarang elaun sebagai salah seorang Ahli Lembaga Pengarah GLC dalam
"negeri yang kaya" tersebut. Sedangkan semua rakyat maklum ada
sesetengah pihak bagaikan "bercakaran dan membunuh karektor" semata-mata
merebut limpahan "ghanimah" khazanah negeri.
Kejujuran Dr Halimah dalam membantu
aspek pendidikan pada rakyat Selangor tanpa sebarang elaun di PPAS,
sepatutnya dipandang mulia oleh semua pihak.
Dewan Pemuda PAS Selangor mengucapkan
terima kasih kepada MB Selangor kerana secara tidak langsung telah
mempromosikan calon PAS ini dengan isu yang terpaksa dicipta dan
akhirnya "memakan diri sendiri".
Rakyat akan melihat terdesaknya MB
membangkitkan isu ini bagi mengaibkan calon PAS dan dalam masa yang sama
rakyat melihat berjiwa besarnya Dr Halimah melepaskan jawatan sukarela
dengan membantu rakyat secara langsung di lapangan.
Dengan senario ini, diharapkan dapat
membuka mata rakyat dan mudah-mudahan Allah memberi hidayah dan
kemenangan kepada calon PAS dalam PRK kali ini. Allahu Akbar!
*MUHAMED SUKRI OMAR, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Selangor -HARAKAHDAILY
No comments:
Post a Comment