Oleh Fahmi Faiz
Himpunan Suara Ummah Melaka ledakan semula sejarah 700 tahun
MELAKA
– Himpunan Suara Ummah yang diadakan di negeri ini semalam,
mengingatkan kerajaan bahawa Melayu akan bangkit semula sebagaimana
sejarah tercipta di bumi Melaka 700 tahun lalu, jika bangsa pribumi ini
diganggu-gugat.
Ketua
Sekretariat Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Haji Aminuddin Yahaya
berkata, bumi Melaka penuh dengan sejarah kebangkitan Melayu.
“Selepas
700 tahun berlalu, kali ini kita berkumpul semula. Kita nak beritahu
pihak pemerintah, bahawa kita akan bangun balik, jika sekiranya orang
Melayu digugat dan kepentingan Melayu dihancurkan oleh pemerintah hari
ini.
“Kita
tahu, bahawa yang memerintah bukannya ada di atas sana, tetapi kita tahu
bahawa yang memerintah kini adalah Yahudi Zionis, dan parti DAP adalah
dalangnya,” katanya berucap pada Himpunan Suara Ummah Peringkat Negeri
Melaka di pekarangan Stadium Hang Tuah di sini.
Katanya,
umat Islam dan orang Melayu mesti bersatu padu untuk berjuang dan
mempertahankan hak dan kepentingan bangsa serta agama.
“Hari ini,
pertemuan kita bukan pertemuan biasa. Sebab itu, kita mengajak semua
orang Islam dan Melayu, yang sayangkan agama Islam untuk bersatu padu
untuk memperjuang dan mempertahankan hak kepentingan kita.
“Kita nak
beritahu kepada pemerintah, bahawa pertemuan hari ini bukan yang
terakhir. Tetapi hari ini merupakan permulaan kepada gerakan yang lebih
besar lagi,” katanya.
No comments:
Post a Comment