PAS menyifatkan kerjasama parti itu dengan UMNO bukan perkara baharu, malah pernah ‘bersama’ dalam perkara-perkara besar demi kepentingan ummah dan Islam.
Malah kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, meskipun UMNO musuh paling tua PAS, namun, mereka seiringan ketika memperjuangkan kemerdekaan negara dan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) pertama.
Abdul Hadi berkata, pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) UMNO merupakan parti yang memenangi kerusi paling banyak, namun, parti yang hanya menang 13 kerusi menjadi Perdana Menteri.
“Keputusan PRU14 yang cukup unik…kerajaan dibentuk dengan 66 kerusi bukan Islam, tidak selaras dengan populasi kaum di negara ini.
“Jangan main-main dengan PRU, kita menyaksikan Perdana Menteri terpaksa bersilat untuk hadapi pilihan raya ini dalam keadaan yang kalut dan ada yang cepat mahu jadi Perdana Menteri.
“Pakatan Harapan (PH) tidak ada penyelesaian yang baik, tidak ada cara baharu…UMNO dan PAS dalam isu besar yang membawa maslahah ummah, Islam,” katanya ketika berkempen di Petaling Jaya, tengah malam pada Ahad.
Turut serta Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub dan Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad.
Sementara itu Ismail berkata, UMNO dan PAS telah mempersetujui “Asal Bukan Harapan (ABAH)” sebagai slogan pembangkang dalam PRK kali ini.
Beliau berkata, ‘tagline’ itu sebagai simbol kepada penolakkan rakyat terhadap PH yang memenangi pilihan raya dengan penipuan.
No comments:
Post a Comment