Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd Redzuan Yusof, berkata kerajaan sekarang percaya bahawa, langkah itu akan mencergaskan kembali industri automotif negara.
“Kami mencuba untuk mencergaskan dan mengembangkan industri ini memandangkan potensinya yang besar, Selain itu, pengeluar komponen kenderaan juga adalah antara sektor yang memacu perusahaan kecil dan sederhana (PKS),” katanya pada Majlis Konvokesyen Kolej Automotif TOC, di sini, hari ini.
Terdahulu, ketika berucap, Mohd Redzuan berkata, kerajaan memerlukan sokongan bagi industri ini, begitu juga dengan pengetahuan, kemahiran dan graduan berkemahiran untuk menjayakan cita-cita ini.
“Pada masa lalu, kita cuba mengembangkan industri ini dengan mewujudkan kereta kita sendiri, tetapi jelas, kita perlu bekerja seiring dengan masa.
“Ini memberikan banyak cabaran sebagaimana yang kita saksikan hari ini dimana Proton perlu berkompromi,” katanya.
Justeru, kata Mohd Redzuan, kerajaan akan menyempurnakan dan memperbaiki daripada “apa dan di mana yang salah (terhadap Proton)”.
Dr Mahathir mengesahkan aspirasi membina projek kereta nasional ketiga dalam lawatannya ke Jepun pada Jun lalu selepas Pakatan Harapan memenangi PRU14 pada 9 Mei tahun ini.
Perdana Menteri dilaporkan berkata bahawa, kerajaan meninjau untuk membina kereta nasional 3.0 selepas Proton dan Perodua, memandangkan ilham yang dicetuskannya, Proton menjalin perkongsian strategik dengan Zhejiang Geely Holding Group Co (Geely) dari China pada Mei tahun lalu.
Mohd Redzuan berkata, kerajaan boleh menjadi fasilitator kepada graduan automotif untuk menjalankan latihan kerja di Jepun.
“Kami lebih dari gembira untuk melaksanakannya dan kita juga mempunyai rakan di Jepun yang sanggup menerima graduan kita untuk latihan kerja di sana,” katanya dan menambah bahawa langkah itu akan membantu industri automitif tempatan berkembang maju dan menjadi lebih berdaya tahan, terutama dalam sektor pengeluaran komponen kenderaan,” katanya.
Sektor automotif menyumbang empat peratus kepada keluaran dalam negara kasar pada 2017. - Bernama
No comments:
Post a Comment