Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini menghantar surat
bantahan kepada Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) dan Konfederasi Bola
Sepak Asia (AFC) susulan tindakan penyokong Indonesia menghina Malaysia
pada Kejuaraan AFF Bawah 16 Tahun (B-16) di Indonesia, semalam.
Penyokong tuan rumah bertindak menghina nama Malaysia dan menyanyikan ‘chant’ berbunyi “Malaysia itu anjing” pada aksi sulung skuad kendalian ketua jurulatih, Raja Azlan Shah Raja So’ib berdepan Thailand di Stadium Joko Samudro, Surabaya yang menyaksikan skuad negara tewas 1-2.
Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam dalam kenyataan hari ini berkata tindakan melampau penyokong Indonesia itu satu penghinaan besar terhadap nama negara.
“Saya sependapat dengan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang merupakan mantan presiden FAM apabila baginda turut berasakan apa yang dilakukan penyokong tuan rumah itu cukup melampau.
“Justeru tindakan menghantar surat bantahan kepada AFF dan AFC ini kita lakukan dengan segera supaya dua pihak berkenaan dapat mengambil tindakan sewajarnya supaya perkara sama tidak berulang apabila skuad B-16 negara turun pada perlawanan kedua Kumpulan B bertemu Brunei pada Jumaat,” katanya.
Menurut Stuart, bagi memastikan kawalan keselamatan skuad negara lebih terjamin, FAM bertindak untuk menghantar Exco FAM, ACP Md Dali Wahid yang juga seorang pegawai tinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke sana bagi membuat penilaian terhadap segala langkah keselamatan yang dilakukan oleh pihak penganjur.
“Jika didapati tuan rumah dan penganjur sekadar mengambil ringan berhubung isu ini, FAM tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan yang lebih drastik selepas ini,” katanya.
Beliau berharap pihak AFF dan AFC akan bertegas berhubung perkara itu memandangkan Malaysia juga pernah didenda AS$30,000 (RM121,702) susulan ‘chant’ menghina Brunei dan Singapura oleh penyokong negara pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) ketika perlawanan acara bola sepak lelaki.- Bernama

No comments:
Post a Comment