Menterinya, M. Kula Segaran berkata garis panduan itu bertujuan memberi penjelasan kepada pihak majikan mengenai waktu-waktu solat yang wajib dilaksanakan semasa bekerja khususnya solat Jumaat.
“Majikan perlu beri masa kepada pekerja untuk menunaikan solat. Jika ada majikan yang ingkar, laporan boleh dibuat kepada pihak kementerian dan tindakan tegas akan diambil.
“Saya janji mengenai perkara ini. Tiada alasan dalam hali ini,“ katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong bagi kementeriannya pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Menurut Kula Segaran, garis panduan itu membantu memupuk persefahaman antara majikan dan pekerja.
Beliau menjawab Siti Zailah Mohd Yusoff (Pas-Rantau Panjang) yang membangkitkan sejauh mana komitmen kementerian memantau golongan majikan yang tidak membenarkan pekerja untuk solat atas alasan ia mengganggu produktiviti kerja. – Bernama
No comments:
Post a Comment