SHAH ALAM - Pemerhati politik yakin rakaman audio didakwa sebagai
ucapan Ketua Umum PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengkritik Perdana
Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai palsu.
Menurut pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Datuk Dr Mohamad Agus Yusoff, jika diteliti audio ucapan itu jelas dilihat dibuat oleh golongan tertentu untuk menimbulkan fitnah.
Katanya, pendekatan itu sudah tidak boleh diterima oleh rakyat kini, yang bijak menilai sesuatu penyebaran berita.
"Saya yakin rakaman audio itu palsu. Cara meniru gaya suara Anwar pun setaraf dengan pelajar kolej yang sedang menyiapkan projek multimedia mereka.
"Kenapakah taktik sebegini masih digunakan untuk membunuh karekter politik Anwar? Apakah untuk menimbulkan permusuhan antara Anwar dengan Tun Dr Mahathir? Apakah untuk memecahkan PH?
"Jika itulah tujuannya, hentikanlah. Rakyat tidak percaya dengan taktik tidak bertamadun seperti ini. Sekarang kedua-dua mereka sudah berdamai," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Hari ini tersebar tiga rakaman audio yang didakwa sebagai ucapan Anwar.
Rakaman pertama tentang Anwar meminta Rafizi Ramli melawan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam pemilihan parti kerana mendakwa Azmin telah menjadi “barua Mahathir”.
Rakaman kedua mengkritik Mahathir kerana melantik diri sendiri menjadi pengerusi Khazanah Nasional. Rakaman ketiga tentang skandal forex pada 1990-an ketika Mahathir menjadi perdana menteri.
Jelasnya, Anwar pun sudah berulang kami memberitahu beliau menyokong kepimpinan Mahathir.
Katanya lagi, berilah peluang kepada kedua-duanya untuk menguruskan pemerintahan negara tanpa menggoncang hubungan mereka.
Justeru Agus mendesak agar pihak berkuasa menyiasat penyebaran audio ini dan mengambil tindakan yang sepatutnya.
"Orang yang memfitnah patut ditangkap dengan segera. Jangan biarkan politik fitnah sebegini menjadi budaya berpolitik di negara kita. Pesan saya, ingat dosa pahala," katanya.
[ARTIKEL BERKAITAN: Rakaman audio mirip Anwar: Palsu, berniat jahat]
[ARTIKEL BERKAITAN: Tiga rakaman suara mirip Anwar tersebar]
[ARTIKEL BERKAITAN: Itu bukan suara suami saya: Wan Azizah]

No comments:
Post a Comment