KUALA LANGAT: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid
Hamidi berpuas hati dengan semangat berpasukan serta kerja keras yang
ditunjukkan jentera Barisan Nasional (BN) Selangor dan yakin Pilihan
Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei, parti itu akan kembali berkuasa di
negeri ini.
Beliau berkata, keyakinan tersebut bukan sahaja bersandarkan kepada
perpaduan dan kesungguhan parti tetapi setelah melihat rakyat negeri ini
sudah mula bosan dengan 1001 masalah khususnya isu air yang gagal
diselesaikan kepemimpinan pembangkang walapun telah dua penggal memegang
kuasa.
“Saya harus bagi pujian kepada Noh (Tan Sri Noh Omar) yang kuat bekerja
untuk memastikan kita menang, seluruh jentera parti juga mempamerkan
semangat perang yang tinggi dan inilah saat terbaik untuk kita merampas
Selangor. Dua kali terpalit lumpur sudah cukup menyedarkan kita.
“Kita akan berikan satu kehidupan lebih baik kepada rakyat kerana semua
hasil negeri ini, kita yang tanam tetapi mereka datang dua penggal lalu
untuk kutip hasil, tapi kali ini, kita pastikan hasil kita tanam, kita
yang tuai,” katanya ketika berucap dalam majlis ramah mesra bersama
penduduk di Pulau Carey di sini hari ini.
No comments:
Post a Comment