Thursday, May 10, 2018

Tarikh angkat sumpah kerajaan P Pinang selewatnya Sabtu

 
Tarikh majlis itu belum dapat ditetapkan kerana pemimpin negeri berada di KL bagi penubuhan kerajaan persekutuan.


Pemimpin DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow dan Lim Guan Eng kini berada di ibu negara bagi penubuhan kerajaan persekutuan. (Gambar Facebook)


GEORGE TOWN: Tarikh untuk majlis angkat sumpah ketua menteri Pulau Pinang akan diumumkan selewat-lewatnya Sabtu ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Farizan Darus berkata pada masa ini belum ada tarikh yang ditetapkan untuk majlis angkat sumpah ketua menteri dan penubuhan kerajaan negeri selepas Pakatan Harapan (PH) menguasai Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum ke-14 semalam.

“Tarikhnya akan diumumkan oleh Pejabat Ketua Menteri,” katanya.

Difahamkan tarikh majlis itu belum dapat ditetapkan berikutan beberapa pemimpin negeri termasuk Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng kini berada di ibu negara bersama-sama pemimpin PH yang lain untuk penubuhan kerajaan persekutuan.

PH semalam menang 37 daripada 40 kerusi Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

No comments: