Monday, May 7, 2018

Selangor sudah cemerlang sebelum Azmin - Penganalisis [TONTON VIDEO]

Oleh Umi Faten Nadia Ezhar
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali tidak boleh mendabik dada bahawa Selangor cemerlang di bawah pentadbiran parti itu, kata penganalisis politik Datuk Aidit Ghazali.
 
Katanya, dari segi pengurusan air di Selangor, kritikan demi kritikan ditujukan kepada menteri besar itu.
 
Malah, ahli politik dari partinya sendiri dan mantan MB Tan Sri Khalid Ibrahim turut mempersoalkan pentadbiran beliau di Selangor, tambahnya.
 
Aidit berkata demikian ketika mengulas kenyataan Azmin yang mendakwa Selangor adalah salah satu penyumbang terbesar kepada ekonomi negara di bawah pentadbiran PKR.
 
"Kalau mendabik dada setelah rakyat merana dan mengkritik, setelah mantan menteri besar Selangor yang juga dulu daripada PKR mengkritik, dan sekiranya kritikan datang daripada kalangan ahli parti, maka orang yang mendabik dada ini saya anggap cuba menyembunyikan kerisauannya.
 
"Jadi, dia melepaskan kerisauannya dengan mengeluarkan kata-kata sombong, kata-kata ego kerana seorang ahli politik tidak akan mengakui kelemahan sendiri", katanya kepada Antarapos.
 
Beliau mengingatkan Azmin supaya tidak terikut-ikut dengan sifat iblis yang sombong.
 
Katanya, Azmin tidak boleh melupakan usaha dan sumbangan kudrat mereka yang telah mentadbir Selangor sebelum ini. 
 
"Kedudukan Selangor sebagai penyumbang terbesar pada ekonomi negara telah bermula sejak tahun 90-an. Jadi, Azmin tidak boleh bersifat tidak malu untuk mengambil usaha dan sumbangan kudrat pemimpin terdahulu sebelum pembangkang mengambil alih dan mengatakan ini adalah peranannya," tambahnya.
 
Aidit berkata, antara masalah yang gagal diselesaikan oleh Azmin adalah masalah air yang seringkali berulang disebabkan kegagalan dan kedegilan menteri besar untuk melengkapkan baki perjanjian dengan kerajaan persekutuan.
 
Selain itu, katanya, skandal tanah Ijok yang menuntut penjelasan telus Azmin sedangkan peneroka masih menunggu untuk mendapatkan jawapan.
 
 
 

No comments: