PAYA JARAS: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan
Pakatan Harapan (PH) terdesak sehingga menggunakan anak bekas Mursyidul
Am PAS, Nik Omar Nik Abdul Aziz.
Bagaimanapun, kata Abdul Hadi, anggota PAS tidak akan terikut-ikut dengan perkembangan itu.
"Mereka dalam keadaan yang sangat terdesak sehingga guna anak pemimpin
(PAS). Orang PAS tak akan ikut pemimpin yang keluar parti.
"Dulu pada tahun 50-an Ahmad Fuad (Hassan), presiden PAS, keluar (parti). (Bekas presiden PAS) Datuk Asri (Muda) pernah keluar.
"(Tapi) PAS terus berkembang. Ini menunjukkan PAS tak terikut dengan
individu," katanya pada sidang media selepas bersama penduduk di Paya
Jaras, Sungai Buloh.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada tindakan Nik Omar yang
dilihat turut berkempen bagi pihak PH di Lembah Klang akan menjejaskan
undi PAS.
No comments:
Post a Comment