SHAH ALAM: Perdana menteri sementara Datuk Seri Najib Razak akan
mengadakan sidang akhbar esok berkenaan pilihan raya umum ke-14.
Setiausaha akhbarnya Joan Lai mengesahkan hal ini ketika ditemui di kediaman peribadi Najib di Jalan Tuanku Abdul Halim.
"Satu sidang akhbar akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) esok pada 11 pagi," kata Lai.
Timbalan perdana menteri sementara Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi serta
menteri sementara Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Datuk Seri
Hishammuddin Hussein dan Khairy Jamaluddin berada di kediaman Najib
pada waktu itu.
Tengku Adnan enggan bercakap kepada media ketika keluar dari rumah Najib sebelum jam 2 pagi tadi.
Sementara itu, Khairy mengesahkan BN akan mengadakan sidang akhbar esok.
"Cukup jelas kami akan menerima kehendak rakyat tetapi perdana menteri
(sementara) akan mengeluarkan kenyataan. Esok kami akan mengadakan
sidang akhbar," katanya.
"Apa pun, saya fikir kita perlu menghormati kehendak rakyat dan kita perlu memastikan keputusan (PRU14) dihormati .." katanya.
Menjawab soalan BN akan menerima kekalahan, beliau berkata "tunggu kenyataan perdana menteri."
Difahamkan para pemimpin berkenaan membincangkan perancangan selepas pilihan raya, 9 Mei ini.
No comments:
Post a Comment