Sunday, May 6, 2018

MAT SABU : ANTARA KHALWAT, SYIAH DAN SKANDAL




Pemimpin Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu sentiasa terpalit dengan kontroversi yang sampai ke hari ini masih menjadi tanda tanya.

Sebelum ini Presiden PAN itu dikaitkan dengan pembabitannya dengan gerakan fahaman Syiah melalui pendedahan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu melenting dengan pendedahan itu mengugut untuk mengemukakan saman terhadap KDN khususnya Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Namun sampai hari ini isu berkenaan senyap begitu saja dan tiada kedengaran saman dikemukakan bekas Timbalan Presiden PAS.

Begitu juga dengan isu khalwat Hotel Perdana Kota Bharu, yang pastinya tidak pernah dilupakan rakyat Malaysia khususunya yang mengikuti perkembangkan politik Mat Sabu yang tidak sunyi daripada pelbagai kontroversi.

Kali ini pada musim Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), sekali lagi calon Pakatan Harapan (PH) Kota Raja itu terpalit dengan skandal yang didedahkan sekumpulan individu mendakwa mereka ahli PAN.

Bagaimanapun, Mohamad yang ditemui media ketika berkempen di Pusat Penjaja Jalan Maharaja, Bagan Serai, bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen mengenai perkara itu.

“No comment, everything ask lawyer (Tiada komen, semuanya tanya peguam),” itu reaksi Presiden Parti Amanah Negara (PAN) Mohamad Sabu atau Mat Sabu ketika ditanya mengenai isu fitnah terhadap dirinya.


No comments: