Friday, May 4, 2018

MAHATHIR ORANG TUA YANG BIADAB

MAHATHIR ORANG TUA YANG BIADAB

Wartawan Watan-Online



“Makin tua makin biadab,”demikian tegas Ketua Penerangan PAS, Nasruddin Hasan berhubung kenyataan terbaru Tun Dr Mahathir Mohamad menghina 14 individu yang terkorban dalam tragedi Memali lebih 30 tahun lalu.

Peristiwa berdarah Memali yang berlaku 33 tahun lalu dipercayai masih menghantui pemikiran mantan Perdana Menteri itu sehingga menyebabkan beliau terpaksa mengungkit semula kejadian yang membunuh seorang penduduk, Allahyarham Ibrahim Libya.

“Kebiadapan melampau orang tua ini adalah manifestasi dari nafsu galak beliau hendak menjadi perdana menteri serta keinginan kembali berkuasa.

“Sebelumnya, Tun Mahathir menempelak Abdul Hadi Awang sebagai munafik, kemudian kelmarin menghina para ‘syuhada’ Memali. Segalanya mewajahkan rupa sebenar beliau sejak dulu hingga sekarang yang sedikit pun tidak berubah,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Sebelum itu, Mahathir dalam ceramahnya di Lembah Pantai, Khamis malam menyifatkan 14 individu berkenaan meninggal dunia sebagai ‘mati katak’.

“Dia kata UMNO kafir, saya kafir, dan kalau kerjasama dengan orang kafir, maka akan jadi kafir. La ni dia kerjasama dengan UMNO, tiba-tiba dia tidak pernah kafirkan UMNO, pekak kut, ke tak reti baca, semua orang tahu, tapi dia tak tahu,” kata Mahathir.



No comments: