KUALA LUMPUR: Sebuah kilang membuat papan iklan musnah dalam kebakaran
di Jalan 14C, Kampung Baru Ampang dekat sini awal pagi tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, kejadian pukul
5.40 pagi itu mengakibatkan keseluruhan kilang itu musnah 100 peratus.
Jelasnya, selain 22 anggota dan pegawai bomba yang bertugas memadamkan
api, turut membantu ialah Tenaga Nasional Berhad (TNB), Polis Diraja
Malaysia serta pasukan bomba sukarela (PBS), dipetik Utusan Online.
“Buat masa ini kerja-kerja pemadaman masih lagi dijalankan melibatkan
tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampang, Pandan dan
Keramat. Keluasan kawasan kejadian melibatkan 21 meter x 30 meter.
“Tiada mangsa yang terlibat dalam insiden tersebut dan punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya di sini hari ini.
No comments:
Post a Comment