Thursday, May 3, 2018

Kaunter kad pengenalan beroperasi seperti biasa pada 9 Mei

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
PUTRAJAYA:  Kaunter bahagian Kad Pengenalan di ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Putrajaya dan ibu pejabat JPN negeri di seluruh negara akan beroperasi seperti biasa pada Rabu, 9 Mei 2018.
 
Menurut kenyataan JPN hari ini, untuk sebarang pertanyaan lanjut orang ramai boleh menghubungi Unit Komunikasi Korporat di talian 03-88807077 atau e-mel ke pro@jpn.gov.my.
 
Kerajaan sebelum ini mengumumkan 9 Mei sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara sempena hari mengundi Pilihan Raya Umum ke-14.
 
 

No comments: