Tuesday, May 8, 2018

Jangan spekulasi insiden Ketua bahagian Warisan maut dilanggar kereta

THE MALAYSIAN TIMES
 
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata jika ada pihak yang membuat viral dan menyebarkan cerita tidak betul mengenai kejadian itu akan diambil tindakan termasuk dibawah Anti Berita Palsu.

“Jangan buat sebarang spekulasi yang boleh mencetuskan kegusaran memandangkan mangsa adalah seorang anggota politik.

“Ini adalah satu kemalangan yang berlaku disebabkan kesilapan pemandu kereta yang melanggar mangsa,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Aris, 55, maut selepas dilanggar kereta ketika sedang minum di sebuah restoran di Bandar Utama, Batu 6 dekat sini kira-kira jam 9.30 pagi.

Ramli berkata sebelum kejadiaan itu mangsa sedang bersarapan pagi bersama seorang rakannya di salah sebuah meja direstoran itu.

Katanya ketika itu terdapat sebuah kereta jenis Honda CRV masuk untuk memakir di depan restoran itu dan berhenti dalam beberapa ketika dan kemudian telah bergerak dengan laju ke hadapan.

Menurutnya siasatan awal polis mendapati pemandu kereta itu seorang wanita berusia 61 tahun telah tersilap tekan pedal brek tetapi tertekan pedal minyak mengakibatkan keretanya melanggar mangsa yang sedang minum bersama rakannya.

Beliau berkata pegawai perubatan bersama ambulans tiba di tempat kejadian pada jam 10.25 pagi dan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

Ramli berkata mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Duchess of Kent Sandakan untuk bedah siasat dan mendapat punca kematian mangsa akibat patah rusuk sebelah kiri yang tertusuk jantung jantung.

Katanya pemandu kereta itu kemudian ditahan untuk siasatan lanjut dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau berkata siasatan masih diteruskan untuk merekod keterangan daripada saksi lain yang ada dan juga rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berkenaan insiden ini.

No comments: