Astro Awani
KUALA LUMPUR: Polis Sabah menafikan kebakaran dua buah rumah di Kampung Keningau, Keningau tengah hari tadi merupakan markas Parti Solidariti Tanah Airku (Star).
Sebaliknya, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, Senior Asisten Komisioner Jauteh Dikun berkata, video yang tular itu merupakan kebakaran rumah persendirian penduduk.
"Malah, kebakaran itu dipercayai akibat litar pintas dan bukannya dibakar seperti dakwaan sesetengah pihak.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia Keningau, Mudi Pengiran berkata, dua buah rumah musnah terbakar dalam kejadian di Kampung Keningau, Keningau di sini 12 tengah hari ini.
Mudi berkata, pihaknya tiba di lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan p-ada pukul 12.38 tengah hari.
"Dua buah jentera bomba dengan kekuatan 10 anggota diketuai Mudi bergegas ke lokasi kejadian.
"Operasi berjaya dikawal pada pukul 1.34 petang manakala punca dan kerugian masih dalam siasatan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
No comments:
Post a Comment