Wednesday, May 9, 2018

DAP Masih Bergantung Kepada PAP, Parti Pemerintah Singapura – Dr Kamarul





Perbuatan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memburuk-burukkan Malaysia di Universiti Teknologi Nanyang, Singapura pada 10 Disember 2014 membuktikan parti itu masih mempunyai hubungan dengan parti pemerintah Singapura, PAP.

Perkara itu ditegaskan Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN), Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff.

Beliau berkata salah satu tujuan Guan Eng memburuk-burukkan Malaysia adalah untuk mendapat perhatian daripada Temasik Holdings.

“Ya, untuk meminta dana daripada Temasik Holdings, itu tujuan spesifiknya. Dia sendiri maklumkan pada hari itu.

“Cuma pada pendapat saya, sebenarnya memberikan gambaran kepada satu perkara yang lebih serius lagi iaitu mengenai kemungkinan wujudnya kerjasama di antara DAP dan Singapura untuk membantu DAP di dalam pilihan raya. ”

Ikutilah wawancara AIDC dengan Dr Kamarul selengkapnya.

Sebelum ini, Dr. pernah mendedahkan satu rakaman Lim Guan Eng bercakap di Singapura. Boleh ulas lanjut isu tersebut ?

Rakaman ini dibuat pada bulan Disember 2014, waktu itu Lim Guan Eng pergi ke Singapura untuk memohon dana daripada Temasik Holdings, iaitu syarikat pelaburan Singapura, jadi sesuai dengan hasrat beliau, beliau mengutuk Malaysia.

Beliau sebut kerajaan pusat tidak pernah beri kepada kerajaan Pulau Pinang walau satu sen pun.

Kemudian beliau cakap, BN cuba mengalahkan beliau dalam PRU 2013 dengan memberi RM5000 kepada setiap orang pengundi. Beliau bercakap di hadapan khalayak dan ada di rekod.

Banyak lagi perkara-perkara lain yang beliau bangkitkan yang pada pendapat saya menunjukkan belang sebenar beliau termasuk dalam isu Hudud.

Pada waktu itu isu Hudud sedang hangat diperkatakan. Beliau mengatakan jika PAS serah sahaja usul RUU355 ke parlimen, DAP akan putuskan hubungan dengan PAS.

Sekarang ini mereka cuba menyalahkan PAS, sedangkan apa yang Lim Guang Eng cakap di Singapura berlainan, sebaik sahaja dia ada menyerahkan usul kepada speaker, terus sahaja Lim Guang Eng memutuskan hubungan, bermula dengan presiden PAS. Dalam isu penukaran agama anak-anak yang beragama Hindu kepada agama Islam, oleh ibu-bapa yang beragama Islam, pun menjadi isu di dalam rakaman tersebut di mana ada orang yang bukan Islam, enquiry, “Kenapa DAP kamu tidak bela perkara ini?”, mereka mempertahankan, ‘’Kita memang betul-betul pandang berat terhadap perkara ini”, yang terlibat membela golongan bukan Islam, golongan non-muslim ibu-ibu yang anaknya di-Islam kan ini adalah pemimpin-pemimpin DAP.

Termasuk juga yang di sebut, mereka meramalkan bahawa, Pakatan Harapan yang waktu itu merupakan Pakatan Rakyat, dia menyebut pakatan pembangkang akan menang di dalam PRU14 dan pada pandangan dia bahawa BN akan menggunakan segala usaha bagi menghalang pakatan pembangkang daripada mengambil alih kuasa secara aman.

Dia kata, bagi menyelesaikan perkara ini, kita semua kena turun ke jalanan, perkara ini akan diselesaikan di jalan-jalan raya.

Pada pendapat saya ini adalah satu perkara yang mencerminkan niat beliau, seolah-olah nak menghasut orang, sedangkan tiada bukti bahawa BN tidak akan serah kuasa.

Pada pandangan Dr, mengapa Lim Guan Eng bercakap dan menghasut hanya di Singapura?

Pada pandangan saya, memang Lim Guan Eng dan DAP mempunyai hubungan yang sangat rapat Singapura, seperti yang kita tahu, memang DAP ini adalah protege kepada PAP.

Seperti yang disebut oleh Lim Guan Eng juga, Singapura adalah idola dia.

Pada pandangan ini adalah usaha untuk mengambil hati orang-orang Singapura supaya lebih membantu DAP, khususnya di Pulau Pinang.

Setiausaha Agung DAP menghasut sebegitu untuk meminta dana daripada Temasik Holdings?

Ya, untuk meminta dana daripada Temasik Holdings, itu tujuan spesifiknya. Dia sendiri maklumkan pada hari itu.

Cuma pada pendapat saya, sebenarnya memberikan gambaran kepada satu perkara yang lebih serius lagi iaitu mengenai kemungkinan wujudnya kerjasama di antara DAP dan Singapura untuk membantu DAP di dalam pilihan raya.

Selepas Dr. dedahkan perkara itu dalam bentuk rakaman, apa reaksi Guan Eng ?

Dia lansung tidak berani melawan. Mereka (DAP) langsung tidak menafikan perkara ini berlaku, dan perkara ini memang wujud.

Sememangnya boleh dibuktikan di mahkamah terbuka.

Bermaksud, sekiranya perkara itu fitnah, DAP ada ruang untuk menyaman Dr ?

Ya, memang betul dan benda ini pada pendapat saya perlu didedahkan bagi membolehkan umat Islam kita mengetahui tentang agenda sebenar DAP ini.

Sanggup menipu, sanggup membohong semata-mata untuk kepentingan mereka, untuk kepentingan parti mereka, dan yang lebih penting lagi, untuk memperkembangkan agama Kristian, tidak menghormati peruntukan-peruntukan perlembagaan negara kita.

Bermaksud PAP dan DAP memang ada pertalian rapat. Mungkinkah Singapura akan kembali bercantum dengan Malaysia jika Pakatan Harapan berjaya menawan Putrajaya PRU 14 ? 

Saya tidak menolak kemungkinan ini berlaku, sebab jika Pakatan Harapan menang dan menguasai Putrajaya dalam PRU ke-14 maka yang menjadi dominan di dalamnya pada waktu itu, seperti juga waktu sekarang ini adalah DAP.

Memang DAP di dalam agihan kerusi sekarang ini pun lansung tidak beralah tidak mahu memberi langsung kerusi mereka kepada parti-parti politik lain walaupun didesak, contohnya oleh PKR.

Jadi apa yang akan berlaku ialah, apabila parti-parti di dalam Pakatan Harapan berpecah kepada dua tiga parti sedangkan DAP, ‘solid’, satu parti sahaja bukan Melayu, maka DAP akan menjadi dominan.

Apa sahaja yang dibuat oleh kerajaan pakatan pada waktu tersebut selepas menguasai Putrajaya adalah tertakluk kepada persetujuan DAP.

Memandangkan keakraban hubungan di antara DAP dan PAP di Singapura, saya tidak menolak bahawa suatu hari nanti ada kemungkinan, kalau tidak Singapura dan Malaysia disatukan pun, setidak-tidaknya memang akan wujud satu hubungan yang sangat rapat.

Seperti yang disebut Lim Guan Eng, Pulau Pinang akan mengikut acuan Singapura, jadi mungkin modal ini akan diperkembangkan di seluruh negara jika Pakatan Harapan menguasai Putrajaya.

Dr. sebut tadi DAP dominan, tetapi mengapa mereka angkat Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai ketua ? 

Pada pendapat saya bahawa kedua-dua DAP dan Tun Dr. Mahathir cuba untuk saling guna menggunakan di antara satu sama lain, jadi waktu sekarang ini mungkin Tun Dr. Mahathir cuba menunjukkan sikap bahawa beliau boleh bertolak ansur dengan DAP dengan segala matlamat dan perancangan DAP, mungkin selepas mereka menang lain ceritanya.

Dalam masa yang sama DAP pun mahu menggunakan Tun Dr. Mahathir untuk mendapatkan undi Melayu sebab masalah di dalam Pakatan Harapan sekarang adalah untuk mendapatkan undi Melayu.

Apabila sudah dapat apa yang mereka kehendaki dalam PRU14, saya rasa ada kemungkinan juga bahawa Tun Dr. Mahathir akan dipastikan kalah oleh kawan-kawan mereka sendiri. Kemungkinan itu ada. Sekarang ini DAP lambung Tun Dr. Mahathir sebagai calon perdana menteri, kemudian selepas ini DAP mungkin akan pastikan dia kalah.

Pada pendapat saya pada akhirnya Tun Dr. Mahathir terpaksa tunduk kepada DAP walau macam mana sekalipun sebab apabila DAP mempunyai lebih banyak kerusi mestilah orang lain terpaksa dengar cakapnya.

Walaupun diletakkan Tun Dr. Mahathir sebagai ketua, namun belum ada tanda-tanda wujudnya ‘tsunami Melayu’?

Dengan sikap-sikap Tun Dr. Mahathir yang agak kritikal terhadap Islam, dulu pun terhadap mufti-mufti dan ditambah pula dengan isu-isu yang meliputi diri beliau yang menyebabkan kemarahan istana, Sultan Johor, Sultan Selangor malah Sultan Kelantan juga yang menjadi Yang di-Pertuan Agong sekarang, maka saya tidak nampak bahawa kemasukan Tun Dr. Mahathir ini akan mendatangkan ‘tsunami Melayu’.

Malah mana-mana undi Melayu yang akan diperolehi oleh Pakatan Harapan adalah disebabkan kemasukan Tun Dr. Mahathir ini akan segera di-‘offset’ oleh undi-undi protes.

Sekarang ini sudah berlegar kempen, bergerak dengan meluas, kempen undi protes yang digerakkan oleh segolongan anak muda yang mahu protes PRU14 kerana kebencian mereka terhadap Tun Dr. Mahathir.

Ramai sebenarnya yang masih belum dapat menerima Tun Dr. Mahathir sebagai Pengerusi Pakatan Harapan dan calon Perdana Menteri.

Jika mereka tidak turun mengundi atau membuat undi rosak, maka ini sudah tentu akan menjejaskan sokongan Pakatan Harapan.

Juga faktor istana. Masyarakat Melayu masih terikat dengan adat resam, orang Melayu menghormati kedudukan raja-raja Melayu, jadi apabila terdapat signal daripada raja-raja Melayu tidak menyenangi malah murka terhadap Tun Dr. Mahathir, termasuk di dalam kes Sultan Kelantan yang menarik darjah kerabat yang dikurniakan kepada Tun Dr. Mahathir maka sudah tentulah ini akan mempengaruhi sokongan orang-orang Melayu khususnya orang Melayu luar bandar.

Ini sebenarnya menjejaskan peluang Tun Dr. Mahathir, bukan sahaja beliau, malah PH itu sendiri.

Kalau PH menang sekalipun, memang sukar untuk Tun Dr. Mahathir dilantik menjadi Perdana Menteri, sebabnya yang mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik perdana menteri adalah Yang di-Pertuan Agong yang baginda juga merupakan Sultan Kelantan yang menarik balik darjah kerabat Tun Dr. Mahathir.

Tsunami Melayu tidak berlaku disebabkan DAP membuang PAS dalam Pakatan pembangkang ? Tun Dr. Mahathir dan PPBM gagal menggantikan PAS untuk menarik undi Melayu?

Ya, saya setuju, malah sebab itulah kita lihat di Selangor paling bermasalah dalam pengagihan kerusi kerana di pihak PKR itu sendiri masih berusaha untuk berpakat secara tidak langsung dengan PAS.

Azmin sendiri takut peluang beliau menang di Gombak dan di Bukit Antarabangsa, terjejas peluang beliau untuk menang tanpa sokongan PAS.

Jadi pemimpin-pemimpin PKR sendiri khususnya di Selangor di dalam beberapa pernyataan mereka sendiri memang menyedari perkara ini, mereka menyebut bahawa AMANAH tidak dapat mengisi ruang yang ditinggalkan oleh PAS di dalam Pakatan Rakyat sebelum ini, sampaikan Timbalan Ketua Pemuda PKR sendiri, Dr. Afif Bahardin menyebut AMANAH sekadar parti 2%. Ini adalah penghinaan yang sangat teruk sebenarnya, itu tamparan yang cukup besar kepada AMANAH.

Sebab itu di Selangor, PKR cuba untuk tidak memberikan ruang kepada AMANAH, cuma AMANAH mempunyai kelebihan apabila mendapat dukungan penuh daripada DAP.

Pada pandangan saya, terdapat kemungkinan bahawa, selepas pilihan raya ini akan wujud pakatan antara AMANAH, DAP, dan antara golongan penentang Azmin di dalam PKR, untuk bersatu mewujudkan satu kerajaan lain yang didominasi oleh DAP dan geng-geng Rafizi tersebut.

Dr bersetuju jika dikatakan faktor PAS juga menyumbangkan undi kepada PKR dan DAP pada PRU 13 ?

Sememangnya, DAP dan PKR tidak boleh mendakwa kekuatan kemenangan mereka di dalam PRU13 adalah semata-mata sokongan rakyat kepada mereka, sebab penyokong dan jentera PAS juga memainkan peranan yang sangat penting pada PRU itu.

Sebagaimana PAS sendiri pun tidak boleh menafikan kemenangan mereka di sesetengah kerusi parlimen seperti di Kota Raja, di kawasan di mana pengundi-pengundi bukan Melayu juga dibantu oleh DAP. Memang ada timbang balas.

Masalah yang kita lihat sekarang adalah PH sukar untuk mendapatkan undi Melayu. Undi Cina mereka sudah dapat, tiada masalah.

Jadi sekarang ini yang kita lihatnya sukarnya untuk PH mendapatkan undi Melayu. Sebabnya pemimpin Melayu di dalam PH itu sendiri tidak berani bercakap pasal kepentingan Melayu atau kepentingan Islam. Mereka tidak berani.

Cuba mereka bercakap mengenai perkara tersebut, sudah pasti orang Cina DAP tidak akan sokong mereka. Melayu tidak akan beri undi kepada mereka makin sukar lah hendak menang.

Tambahan pula dengan kuasa yang dimiliki DAP di Pulau Pinang akan menyebabkan DAP mempunyai banyak kuasa tawar menawar. Di Selangor pun orang-orang Melayu tidak berani sedangkan pada masa yang sama mereka mengharapkan PH boleh menang undi Melayu.

Paling tinggi yang Mat Sabu berani cakap, yang pernah saya dengar sebelum ini adalah mengharapkan pemimpin PH termasuk DAP supaya banyak bercakap tentang agenda Melayu dan Islam, supaya boleh menarik sokongan orang Melayu terhadap PH.

No comments: