Friday, May 4, 2018

300 Juta Pengguna Twitter Perlu Tukar Kata Laluan

Ammar Sufian

Lebih 300 juta pengguna perlu tukar kata laluan


Twitter hari ini menegaskan, pihaknya masih belum menerima sebarang bukti yang menunjukkan penggodam menjadi punca sejenis virus di laman sosial itu sehingga berisiko mendedahkan lebih 300 juta maklumat peribadi pengguna.

Syarikat yang berpangkalan di San Francisco itu juga meminta semua pengguna menukar kata laluan bagi tujuan keselamatan dan mengelak risiko digodam.

Bagaimanapun, syarikat internet itu tidak mendedahkan jumlah kata laluan yang terjejas atau tempoh gangguan itu berlaku, sehingga ia dikenal pasti.

Ketua Pegawai Teknologi Twitter, Parag Agrawal di dalam satu kenyataan blog berkata, pihaknya meminta orang ramai lebih berhati-hati dan mempertimbangkan untuk mengubah kata laluan semua perkhidmatan yang menggunakan kata laluan sama.

Agrawal berkata, pihaknya kesal dengan apa yang berlaku.
https://platform.twitter.com/widgets.js
 
Gangguan itu berlaku ketika media sosial berdepan pengawasan ketat terhadap perlindungan data peribadi, susulan skandal Cambridge Analytica yang menyaksikan maklumat puluhan juta pengguna Facebook digodam dan disalahgunakan

No comments: