Saturday, May 26, 2018

1MDB: Laporan polis siasat Arul Kanda

Muhamad Izwan Mohd Zubit
Ahli Parlimen P.114 Kepong, Yb Lim Lip Eng (tengah) bercakap pada sidang media berkenaan laporan penjualan 64 kawasan tanah milik DBKL di Pusat Khidmat DAP Kepong, Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 26 MEI 2018
Ahli Parlimen P.114 Kepong, Yb Lim Lip Eng (tengah) bercakap pada sidang media berkenaan laporan penjualan 64 kawasan tanah milik DBKL di Pusat Khidmat DAP Kepong, Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM
 

KUALA LUMPUR – Satu laporan polis dibuat terhadap Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy yang didakwa mengeluarkan kenyataan palsu bagi melindungi syarikat tersebut.

Laporan tersebut dibuat Ahli Parlimen DAP Kepong, Lim Lip Eng di Balai Polis Jinjang yang meminta supaya pihak berkuasa membuka kertas siasatan terhadap Arul Kanda kerana membuat kenyataan yang berbeza mengenai kedudukan kewangan 1MDB sebelum ini.

“Beliau telah berulang kali berkata bahawa syarikat itu (1MDB) tidak muflis dan akan dapat membayar hutangnya melalui pelan rasionalisasi.

“Tetapi baru-baru ini, dua pengarah 1MDB berkata bahawa syarikat itu muflis dan tidak dapat membayar hutangnya,” katanya semasa sidang media di Kepong hari ini

Beliau menggesa supaya Arul Kanda disiasat di bawah Seksyen 202 dan 203 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah dan penyelewengan.

Baru-baru ini, Menteri Kewangan Lim Guan Eng menyelar Arul Kanda sebagai seorang yang “tidak jujur” dan “tidak boleh dipercayai” selepas mengadakan pertemuan selama 40 minit di Kementerian Kewangan.

Pertemuan itu merupakan sesi kedua selepas sesi pertama bersama Ahli Lembaga Pengarah 1MDB, Datuk Kamal Mohd Ali dan Datuk Norazman Ayob.

Arul ditemani bekas ketua pegawai kewangan (CFO), Azmi Tahir, dan bekas penasihat undang-undang, Ivan Chen.

Arul semasa pertemua itu mengesahkan 1MDB tidak mampu membayar hutangnya.

Azmi juga pernah menulis kepada Kementerian Kewangan pada Mac 2018 menyatakan 1MDB tidak dapat menanggung faedah bagi April dan Mei 2018. – MalaysiaGazette


No comments: