Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Polis berkata, dua pusat pemindahan di
Seberang Perai Utara (SPU) dan satu di daerah Seberang Perai Tengah
(SPT) ditutup sepenuhnya bermula 12 tengah hari hingga 3 petang ini.
“Seramai 1,040 orang daripada 243 keluarga yang berlindung di empat pusat pemindahan itu telah pulang ke rumah masing-masing selepas air banjir surut sepenuhnya,” katanya di sini, hari ini.
Hampir keseluruhan kawasan di Pulau Pinang terjejas akibat banjir dengan beberapa kawasan ditenggelami air di antara 0.2 dan 1 meter diikuti angin kencang dan hujan lebat sejak Sabtu lepas yang turut menumbangkan puluhan pokok.
Setakat ini, banjir terburuk di Pulau Pinang telah meragut tujuh nyawa. – Bernama

No comments:
Post a Comment