ANTARAPOS
PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan (KPDNKK) menafikan bahawa harga gas petroleum cecair (LPG)
akan dinaikkan sebagaimana tular di media sosial baru-baru ini.
Dalam kenyataan hari ini, KPDNKK berkata tindakan individu yang
menularkan semula laporan akhbar tahun 2016 menerusi media sosial yang
menyatakan bahawa harga LPG akan dinaikkan amat dikesali.
“KPDNKK menafikan sekeras-kerasnya bahawa LPG akan mengalami kenaikan
harga, memandangkan ia adalah satu daripada lima barang kawalan KPDNKK.
“Tindakan tersebut dianggap sebagai tidak bertanggungjawab dan
dikhuatiri akan menimbulkan suasana panik di kalangan pengguna,”katanya.
Kementerian itu meminta semua pihak untuk merujuk KPDNKK terlebih
dahulu untuk mendapatkan kepastian sebelum menularkan sesuatu berita
atau boleh membuat rujukan di portal sebenarnya.my.
No comments:
Post a Comment